Jul 27, 2011

Persidangan xH di Sabah

Kota Kinabalu : Pada awal Julai yang lalu, telah berlangsungnya 1 persidangan yang di kenali sebagai 'Persidangan xH'... Persidangan ini di hadiri oleh 3 orang ahli lembaga pengarah yang terdiri dari Miss Imma, Miss Huda dan Miss Syiqin dan 2 orang panel jemputan khas. Persidangan ini berlangsung selama 4 hari di sekitar Kota Kinabalu Sabah.

Misi utama persidangan ini bagi menggabungkan idea-idea dari ahli lembaga pengarah yang selama ini tidak pernah di jayakan. Hasil daripada persidangan ini, maka terhasilah 1 memorandum yang dinamakan 'Memorandum xH : Dimanakah hak kami sebagai Manusia'. Memorandum ini bakal di bentangkan di mesyuarat parlimen kelak.

Selain dari perbincangan berkenaan memorandum itu, persidangan ini, turut menjuruskan ke arah ikatan silaturahim sesama ahli. Bagi mengahsilkan hasil yang lebih kreatif, inovatif dan seiring dengan jiwa manusia, maka persidangan ini dijalankan dengan kadar yang berbeza sehingga mampu menyentuh hati dan sanubari setiap ahli lembaga. "Saya sangat terharu dan gembira apabila persidangan ini telah berjaya di laksanakan seperti yang di jadual" Cik Syiqin memberi ulasan peribadi beliau.

Walaupun terdapat banyak halangan di sepanjang persidangan ini, maka ianya bukan penghalang usaha murni ini bagi merealisasikan 'Memorandum xH : Dimanakah hak kami sebagai Manusia'. "Walaupun di timpa pelbagai musibah sedari dari semenanjung (Flight Missing) sampai lar di KK sekali (akibat BERSIH), namun, ianya bukan penghalang. Malang ia menjadi pemangkin kepada kami bertiga dalam berusaha demi kebahagian bersama" kata Cik Imma sambil mengesat air mata.

Persidangan xH di adakan beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu. antaranya Pulau Manukan, Habiba Suite, Pasar Filiphina, Gaya Street, Kundasang, Kinabalu Park dan beberapa lagi kawasan. Tujuannya bagi membolosi sempadan kemampuan setiap ahli lembaga pengarah. "Walaupun penat, takut, gayat namun saya tetap mengharunginya. Melihat sendiri pelbagai keajaiban alam amat menakjubkan" Balas Cik Huda setelah ditanya akan perasan semasa melalui Canopy Walk.

Persidangan xH di Kota Kinabalu merupakan titik permulaan dan pemangkin kepada persidangan yang seterusnya. Masih banyak yang perlu di bincangkan dan ingin di perbentangkan membongkar akan misteri H yang menjadi tanda tanya setiap gadis di luar sana. Siapakah dia, dan apakah motif beliau mendarat di bumi ini. Di harap persidangan selepas ini, akan mendapatmenghimpunkan insan2 yang terpilih. Sekian.

3 comments:

C'chanteque Manes said...

hahahahaha...me like dis entri..nasib baik xleh share kt fb..kalu x..mmg aku share dh..hehehe

Syiqin Oshin said...

best giler entry ni weeeee. mmng terbaekkkk. i love u imma :) sambil tgn ke bahu mata ke atas he3...

Imma Yusri said...

hik3... pe lagi, anda semo leh continue writing di blog masing2.... hahahaha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin